Pada 17hb dis 2014 telah terjadi banjir besar dikampung bukit gemuroh,Banjir yang terjadi telah berlarut selama seminggu,Dalam masa seminggu banjir telah membanjiri kampung sebanyak 2 kali.Banyak rumah yang dinaiki air sehingga kedalam rumah,Seramai hampir 100 orang telaah dipindahkan.Pusat perpindahan ialah di masjid kampung bukit gemuroh dan surau padang nibong (padang nibong ialah jajahan takluk kg bkt gemuroh ok )
Di sesetengah tempat banjir boleh meragut nyawa dan
kehilangan harta benda.Mangsa banjir memerlukan sokongan dan bantuan untuk
meneruskan hidup pasca banjir,Bantuan boleh dikatagori kapada beberapa bahagian
seperti bantuan sementara seperti barang makan dan bantuan yang kekal seperti
rumah.
Mangsa banjir dikampung bukit gemuroh merupakan mangsa banjir
yang biasa,merupakan mangsa yang tak perlu kapada bantuan yang kekal,mangsa
banjir dikampung bukit gemuroh boleh lah dikatakan mangsa yang tidak kritikal
dan tentu bantuan nya dari barangan yang
biasa seperti keperluan harian seperti beras dan makanan ringan yang lain.
.
Bantuan biasa nya disalurkan oleh kerajaan atau pun NGO
serta orang perseorangan,bantuan biasanya diberi dari rumah kerumah atau
tempat2 umum seperti balai raya dan
sebagainya.
Pada 27hb dis 2014 yang baru lalu team bola sepak terengganu
telah memilih kampung bukit gemuroh sebagai tempat untuk mereka menyumbangkan
bantuan banjir kepada penduduk kampung yang terjejas akibat banjir,Seramai 50
orang penduduk kampung bukit gemuroh telah terbabit dengan program yang diatur
oleh JKKK kampung bukit gemuroh.
Rombongan tiba dengan sebuah bas dan beberapa pacuan 4 roda pada pukul 11.00 pagi telah disambut
dengan deruan perarakan motor dari team htmcc sebagai mengalu2kan kedatangan ahli rombongan team bola sepak
terengganu yang julung2 kalinya,Rombongan telah diarak sejauh lebih 1km dari kg
bukit biah ke balai raya kampung bukit gemuroh.Majlis diserikan lagi dengan
tarian balai oleh penari balai yang terdiri dari kanak2 sekolah kampung bukit
gemuroh.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah kebanyakan pegawai
dalam pasukan bolasepak terenganu,pengadil bola sepak terengganu,Wakil peminat
bola sepak, sebagai ahli rombongan dari pasukan bola sepak dan pegawai dari
pejabat DUN telemong,pengerusi jkkk dari dun telemong,penghulu di DUN
telemong,Pemuda DUN telemong serta toh puan sebagai menwakili YB dato rozi
mamat sebagai rombongan dari DUN telemong....
Ucapan alu2an telah disampaikan oleh pengerusi jkkk kampung
bukit gemuroh En Rashid Ismail,Bantuan telah disampaikan oleh permain bolasepak
terengganu dan ketua rombongan tersebut bagi bantuan dari pasukan bola sepak
dan semua bentuan dari dun telemong telah disampaikan toh puan sebagai
mengwakili Adun telemong yang tak dapat hadir kerana atas sebab2 yang tak dapat
dielakan.Bantuan berupa hamper yang bernilai rm 50 dan duit sebanyak rm 50..
Majlis bersurai pada pukul 1.00 tengah hari setelah semua
rombongan menikmati makan tengah hari berupa nasi yang berlauk kan ayam kampung.Sekian
catitan:kedatangan pasukan bola sepak terengganu kekampung bukit gemuroh telah memberi peluang kapada peminat bola sepak untuk bergambar bersama.Nampak banyak gambar2 peminat dan pemain bola sepak dalam facebook,dengan kata lain waktu yang baik untuk selfie,kikikikikikikikikiki
0 comments :
Post a Comment