Ahad, 11 Disember 2011
Kampung Bukit Gemuroh/squard sayang
....WARGA EMAS DAN GOLONGAN KURANG UPAYA......
Dalam
kesibukkan kita melakukan tugasan seharian, tanggungjawab sosial serta
masyarakat jangan pernah dilupakan. Walau ke mana saja kita pergi, di
mana saja kita berada, apa pun darjat kita..ingatlah..bahawa tanpa orang
- orang tua kita, kita tidak akan lahir di dunia ini. Oleh itu,
hargailah mereka selagi mereka masih hidup. Berbuat baik lah dengan
mereka, jagalah mereka dengan seadanya, hiburkan hati mereka dengan
kegembiraan dan kehadiran kita di sisi mereka, kasih sayang yang mereka
curahkan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan tidak dapat ditukar
ganti.
.....SKUAD SAYANG......
Justeru itu, untuk menghargai jasa dan pengorbanan golongan ini, Wanita Umno telah mengadakan 1 program yang dipanggil 'SKUAD SAYANG' dan ditubuhkan pada tahun 2009. Anggota SKUAD SAYANG ini,
akan turun padang untuk membuat kunjungan dari rumah ke rumah bagi
mendekati golongan ini. ( walaupun artikel ini maybe dianggap politik
sikit, tapi saya rasa secara peribadi..program ini sangat bagus
ditubuhkan. sebab...kita boleh mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
warga emas, memberi sedikit sumbangan, melawat dan meramah mesra dengan
mereka. seperti yang kita sedia maklum, dalam zaman sekarang, kita
sentiasa sibuk bekerja untuk mencari rezeki. so, kita tiada masa untuk
menjenguk mereka sekiranya mereka tinggal jauh dari rumah kita. dan kita
tidak akan pergi ke rumah2 mereka sekiranya tiada perkara penting untuk
diuruskan yang melibatkan mereka. mungkin juga ada diantara golongan
muda sekarang, masih ada yang tidak mengenali siapa mereka walaupun
tinggal sekampung. so, dengan adanya program ini, kita boleh merapatkan
hubungan silaturrahim yang hampir kian putus. hehe. Saya dah setahun
join grup ni dan semakin lama, saya semakin jatuh sayang dengan golongan
ini. ALHAMDULILLAH ..Yang baik jadikan tauladan, yang jahat jadikan
sempadan.) Sebenarnya, tiada dana khas yang diperuntukkan untuk 'SKUAD SAYANG', sumbangan yang dihulurkan berbantuk peribadi dan dilakukan secara sukarela.
Jom, kita tengok gambar... siapakah SKUAD SAYANG Kg Bukit Gemuroh yang pergi menjenguk..
Puan Suhaiza bersama Pengerusi JKKK Kg Bukit gemuroh iaitu En.Abd Rahsid
bin Ismail dan skuad sayang lain sedang berbual-bual dengan Tokwan Wan
Zainab binti Tom Hamzah..
En. Abd Rashid ketika melangkah keluar, di belakangnya ialah Tokwan Kembang.
Bergurau senda bersama Tokwan Sulong binti Mamat.
Bersama arwah Tokteh..nama sebenar beliau Puteh binti Nik. Dulu arwah
merupakan seorang bidan kampung, tapi..apabila usia semakin
meningkat..arwah diserang angin ahmar. Ketika ini, beliau tidak dapat
menahan sebak apabila melihat skuad sayang datang menziarah.. Semoga
arwah ditempatkan dalam golongan yang beriman.
Semoga arwah ditempatkan dalam golongan yang beriman. Sama2 lah kita sedekahkan ALFATIHAH kepada arwah. Amin..
Berbual-bual dengan Tokwan Siah,atau nama sebenrnya..Siah binti Abdullah.
Time ni...kt rumah Pok Tahir. Beliau menghidap penyakit buah pinggang manakala isterinya pula sering sahaja sakit..
Puan Normala menyampaikan sedikit sumbangan kepada anak En.Ramley.
Bersama En.Ramley bin Mat Aris. Beliau terlantar di katil akibat serangan angin ahmar.
Terkaku tanpa mampu berbicara. Hanya doa mampu disedekahkan untuk beliau.
Ni kat rumah Mak Mandak...
Bersama Toklong Nab..
Antara barangan yang telah disumbang kepada warga emas.
YB Rozi bersama En. Abdul Rashid menjenguk arwah Abdul Ghani bin Abdul Rahman, sebulan sebelum arwah meninggal dunia.
Sedih tgk gambar ni..
ReplyDelete