Tuesday, 27 May 2014

Khamis, 7 Februari 2013


Kampung Bukit Gemuroh/kenduri kawin

Hidup dalam sebuah kampung mempunyai banyak acara yang terpaksa dibuat secara bergotong royong,Salah satu ialah kenduri kawin,sama ada majlis menyambut menantu atau pun majlis akad nikah..Jadi sebagai orang kampung memang tak akan pergi kemana2 kerana terpaksa bergotong royong untuk menjayakan majlis tersebut.Menjadi malu yang amat besar jika satu majlis yang dibuat tak berjaya kerana disitu lah letak penanda aras perpaduan dalam sebuah kampung.Biasa nya kalau ada majlis yang macam ni orang2 kampung akan bercuti dengan sendirinya kerana untuk hadir kemajlis tersebut..,lagi pun pekerjaan orang kampung ni mudah sangat,nak kerja tak pe kalau tak nak kerja pun tak apa.Kebanyakan orang kampung ada kebun getah ada kebun sawit ada kebun derian(durian)yakni kebun buah2an dan mempunyai tanah yang luas,.Dari situ dapat lah diagak apakah pekerjaan mereka.sebahagian penduduknya bekerja sebagai petani dan yang muda2 bekerja kerajaan..
Pada sesebuah majlis tersebut banyak perkara yang perlu dibuat dan memerlukan ramai orang untuk menjayakan nya,Biasanya satu2 majlis kawin akan  disembelih 2 ekor lembu dengan kata lain bersamaan 4 kawah daging.kebiasaan harga satu kawah rm 700,itu tak termasuk sayur dan lauk paut lain dengan itu tenaga kerja mesti ramai,Jadi bayangkan lah berap ribu ringgit malaysia terpaksa dibelanja oleh tuan punya majlis,Satu hal yang baiknya tenaga kerja memang free seratus persen.Jemputan majlis biasanya dari pukul 11 pagi sehingga pukul 6 petang
Majlis seperti ini telah dirancang oleh tuan rumah berbulan lebih awal,dengan segala pesediaan dan bajet, Dua minggu sebelum kenduri biasa nya orang kampung dah pun terlibat,biasa nya  tuan rumah akan menjemput untuk bermesyuarat dan diberi tugas dari kayu api sehingga kapada buat bangsal untuk memasak,Peralatan lain biasanya disewa atau pun dipinjam dari masjid.
Peruntukan untuk majlis yang mcm ni biasanya dibuat dua hari,Hari pertama semua kelengkapan disediakan seperti kanopi dan peralatan untuk memasak,Kayu api dikumpul kelapa dibelah,khemah didirikan,Dan segala benda yang diperlukan disediakan semuanya.


Pada hari kenduri yang sebenarnya penduduk seluruh kampung akan keluar untuk membantu, ,lembu kerbau disembelih pada pukul 8 pagi,Kerja sama yang maksimun diperlukan sebab majlis makan akan bermula pukul 11 pagi,Untuk tiga ekur lembu dan kerbau pada hari ini daging perlu disiapkan dalam masa sejam,Tapi biasanya akan siap dengan mudah kerana mendapat kerjasama oleh penduduk.Jemputan akan tiba seawal sepuluh pagi dan berakhir pada pukul enam petang,Menantu yang nak disambut biasa nya akan tiba selepas zohor,Semuga majlis ini diberkati ALLAH,sekian wassalam...


0 comments :

Post a Comment