Selamat Datang....
Laluan T115 adalah merupakan jalan utama atau pintu masuk ke Kampung Bukit Gemuroh
Saturday, 31 May 2014
01:43
azram sulong
Thursday, 29 May 2014
03:33
azram sulong
Pada 16 dan 23hb mei, jkk kampung bukit gemuroh telah mengadakan satu program membersih kampung,Telah dihadiri oleh kebanyakan golongan muda untuk menjayakan program yang bermula pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengah hari
Tempat yang menjadi tumpuan ialah membersih tanah perkuburan,jalan2 kampung dan persekitaran kampung terutamanya tepi2 jalan,Tumpuan utama ialah ialah balai raya dan membuat sign board,Program lain seperti memasak untuk makan tengah hari dimasjid,Semua yang terlibat merupakan golongan muda,golongan tua duk rumah jer,sbb dok rut,huhuhu
Kesepakatan boleh dikatakan sangat baik walaupun disertai oleh golongan muda sahaja kerana program membersih kampung memerlukan kudrat jadi kurang penyertaan golongan berumur tak menjadi sesuatu yang boleh dipertikaikan kalau hendak disepadankan dengan maksud perpaduan,Perpaduan disebuah kampung hanya boleh dilihat disesuatu tempat yang mempunyai majlis yang semua pihak mesti menghadirinya,sebagai contoh kenduri kawin...Kenduri kawin memerlukan semua hadir kerana dimajlis seperti itu memerlukan golongan tua dan muda jadi dalam program bersih kampung hanya memerlukan suatu pihak sahaja....
Program pada 16 dan 23 hb mei diakhiri dengan jamuan makan pada pukul 12 tengah hari dan bersembahyang jumaat,Sekian....
Tuesday, 27 May 2014
08:16
azram sulong
Khamis, 22 Mei 2014
Kampung bukit Gemuroh/Liga hulu terengganu
TEAM KAMPUNG BUKIT GEMUROH 2013
Bola Sepak...adalah salah satu permainan yang wajib dimainkan oleh
golongan belia bagi penduduk Kg Bukit Gemuroh sejak berkurun zaman
dahulu hingga sekarang. Pada mulanya aktiviti ini hanyalah sebagai
mengisi waktu yang terluang pada waktu petang selepas pulang daripada
bekerja. Tetapi, lama kelamaan mereka mula memasuki pertandingan bola
sepak dalam pelbagai kategori. Ekoran daripada itu, mereka pernah
menjuarai pelbagai pertandingan, tetapi ada juga yang pulang dengan
perasaan hampa. Adat lah dalam pertandingan kan.. Walaupun anggota
pemain ini saling bertukar ganti mengikut peredaran zaman, tetapi ia
tidak dibiarkan untuk terus terkubur... Sekarang, pada tahun 2013 ini,
mereka telah memasuki pertandingan Liga Hulu Terengganu..
Group ini telah dianggotai oleh :
1) Ahmad Mat Amin.
2) Ahmad Kamarul Firdaus Abdul Rashid
3) Mohd Faizal Mat Thom
4) Kamarul Zaman Che Mat
5) Izrul Nizam Abdullah
6) Mohd As'saari Mukhtar
7) Mohd Noor Azan Ismail
8) Amirul Asyraf Anuar
9) Shahrul Kassim
10) Syazwan Ahmad
11)Mohd Ashraf Hasnan bin Mohd Kamal.
12) Mohd Zulhilmi Yusuf
13) Ahmad Kamarul Ashraf bin Abdul Rashid..
14) Maradi Bin Embong
15) Mohd Faiz bin Mustafa
16) Wan Fazrullah
17) Mohd Saupi
18) Harun Hassan - Pengurus Pasukan
19) Zamri Mat Thom - Ketua Jurulatih
20) Hassan Mohamad - Penolong Jurulatih 1
21) Sukri - Penolong Jurulatih 2
Liga hulu Terengganu melibatkan kampung2 yang berada didaerah hulu Terengganu.Sebanyak 64 kampong telah terlibat dengan liga ini.Salah satu kampong yang terlibat ialah kampong bukit gemuroh.
4) Kamarul Zaman Che Mat
5) Izrul Nizam Abdullah
6) Mohd As'saari Mukhtar
7) Mohd Noor Azan Ismail
8) Amirul Asyraf Anuar
9) Shahrul Kassim
10) Syazwan Ahmad
11)Mohd Ashraf Hasnan bin Mohd Kamal.
12) Mohd Zulhilmi Yusuf
13) Ahmad Kamarul Ashraf bin Abdul Rashid..
14) Maradi Bin Embong
15) Mohd Faiz bin Mustafa
16) Wan Fazrullah
17) Mohd Saupi
18) Harun Hassan - Pengurus Pasukan
19) Zamri Mat Thom - Ketua Jurulatih
20) Hassan Mohamad - Penolong Jurulatih 1
21) Sukri - Penolong Jurulatih 2
Liga hulu Terengganu melibatkan kampung2 yang berada didaerah hulu Terengganu.Sebanyak 64 kampong telah terlibat dengan liga ini.Salah satu kampong yang terlibat ialah kampong bukit gemuroh.
Liga hulu Terengganu dibahagi kapada dua group:
Padang A ( padang kampong kg tanjung putat) lapan kumpulan
Padang B ( padang kampong Butut) lapan kumpulan
Team kampong bukit Gemuroh telah disenaraikan dalam Padang B kumpulan C
Senarai Padang B/lapan Kumpulan
Kumpulan A
1) Tajin
2) Kuala Kejir
3) Nibong fc
4) Politeknik kuala brang..
Kumpulan B
1) Kuala telemong..
2) Kesukes..
3) Padang setar (tersat)..
4) PDRM Kuala Telemong
Kumpulan C
1) Felda Mengkawang..
2) Kg Bukit Gemuroh.
3) Kasular fc
4) Kg Kepah
Kumpulan D
1) Merbau pulas..
2) Tangul
3) Tapah
4) Pendidikan
Kumpulan E
1) Kg Kua
2) Pelandan
3) Kg Pauh
4) Kg Langgar
Kumpulan F
1) Sungai Mali
2) Kg Kuala Akob
3) Bukit Ara fc
4) Jerangau Barat
Kumpulan G
1) Kubang Palas
2) Kg Gaung
3) Kg Bukit Tadok
4) Gambungan FC
Kumpulan H
1) Kg Cheting
2) Kg Peris
3) Felda Bukit Kapah
4) Kg Bukit Diman
Pada permulaan liga hulu terengganu, perlawanan telah dijalan kan secara liga
1)PUSINGAN PERTAMA (liga)
perlawan pertama dgn kepah,
seri 1-1
Zamri mat som yg score gol..
perlawanan ke-2 dgn sg ular
menang 3-1
yg score gol..1)kamarul zaman cek amat 2)azrul azmi 3)Syazwan Ahmad
perlawanan ke-3 dgn felda mengkawang
menang 5-0
yg score gol 1)kamarul firdaus Rashid 2 gol 2)kamarul zaman che amat 3)ahmad mat amin 4) Azrul Azmi
Keputusan dalam Kumpulan C
1) Kampung Bukit Gemuroh------- 7 mata
2) Sungai Ular ( kasular fc)---------4 mata
3) Felda Mengkawang ---------------4 mata
4) Kepah--------------------------------1 mata
2) PUSINGAN KEDUA/kalah mati
lawan dgn kampong nibung
menang penalty ..6-5
masa penuh seri 1-1
tendangan penalty 5-4
3) SUKU AKHIR(Padang B)
Lawan dengan kampung padang setar
Menang 4-2
4)SEPARUH AKHIR (Padang B)
Lawan dengan bukit Kepah..
Menang 2 - 1
5)AKHIR (padang B)
Perlawanan akhir padang B sepatutnya team kg Bukit Gemuroh melawan pasukan Kg Tajin tetapi pihak pengurusan telah menetapkan perlawanan bersilang antara pemenang padang A diseparuh akhir iaitu melawan kampung jak,Padang perlawanan tersebut team kg Bukit gemuroh telah kalah 0-1
6) PERLAWANAN AKHIR...
Kg jak -3 lawan felda Bukit Bading-5
(tendangan penalti)
08:16
azram sulong
Khamis, 7 Februari 2013
Kampung Bukit Gemuroh/kenduri kawin
Hidup dalam sebuah kampung mempunyai banyak acara yang terpaksa dibuat
secara bergotong royong,Salah satu ialah kenduri kawin,sama ada majlis
menyambut menantu atau pun majlis akad nikah..Jadi sebagai orang kampung
memang tak akan
pergi kemana2 kerana terpaksa bergotong royong untuk menjayakan majlis
tersebut.Menjadi malu yang amat besar jika satu majlis yang dibuat tak
berjaya kerana disitu lah letak penanda aras perpaduan dalam sebuah
kampung.Biasa nya kalau ada majlis yang macam ni orang2 kampung akan
bercuti dengan sendirinya kerana untuk hadir kemajlis tersebut..,lagi
pun pekerjaan orang kampung ni mudah sangat,nak kerja tak pe kalau tak
nak kerja pun tak apa.Kebanyakan orang kampung ada kebun getah ada kebun
sawit ada kebun derian(durian)yakni kebun buah2an dan mempunyai tanah
yang luas,.Dari situ dapat lah diagak apakah pekerjaan mereka.sebahagian
penduduknya bekerja sebagai petani dan yang muda2 bekerja kerajaan..
Pada sesebuah majlis tersebut banyak perkara yang perlu dibuat dan
memerlukan ramai orang untuk menjayakan nya,Biasanya satu2 majlis kawin
akan
disembelih 2 ekor lembu dengan kata lain bersamaan 4 kawah
daging.kebiasaan harga satu kawah rm 700,itu tak termasuk sayur
dan lauk paut lain dengan itu tenaga kerja mesti ramai,Jadi bayangkan
lah berap ribu ringgit malaysia
terpaksa dibelanja oleh tuan punya majlis,Satu hal yang baiknya tenaga
kerja memang free seratus persen.Jemputan majlis biasanya dari pukul 11
pagi sehingga pukul 6 petang
Majlis seperti ini telah dirancang oleh tuan rumah berbulan lebih
awal,dengan segala pesediaan dan bajet, Dua minggu sebelum kenduri biasa
nya orang kampung dah pun terlibat,biasa nya tuan rumah akan menjemput
untuk bermesyuarat dan diberi tugas dari kayu api sehingga kapada buat
bangsal untuk memasak,Peralatan lain biasanya disewa atau pun dipinjam
dari masjid.
Peruntukan
untuk majlis yang mcm ni biasanya dibuat dua hari,Hari pertama semua
kelengkapan disediakan seperti kanopi dan peralatan untuk memasak,Kayu
api dikumpul kelapa dibelah,khemah didirikan,Dan segala benda yang
diperlukan disediakan semuanya.
Pada
hari kenduri yang sebenarnya penduduk seluruh kampung akan keluar untuk
membantu, ,lembu kerbau disembelih pada pukul 8 pagi,Kerja sama yang
maksimun diperlukan sebab majlis makan akan bermula pukul 11 pagi,Untuk
tiga ekur lembu dan kerbau pada hari ini daging perlu disiapkan dalam
masa sejam,Tapi biasanya akan siap dengan mudah kerana mendapat
kerjasama oleh penduduk.Jemputan akan tiba seawal sepuluh pagi dan
berakhir pada pukul enam petang,Menantu yang nak disambut biasa nya akan
tiba selepas zohor,Semuga majlis ini diberkati ALLAH,sekian wassalam...
08:15
azram sulong
Jumaat, 16 Disember 2011
Kampung Bukit Gemuroh/khatan beramai2
Majlis ini dirasmikan oleh yang berhormat Tuan HJ Rozi bin Hj Mamat
selaku ADUN kawasan Telemong. Perarakan bermula lebih kurang pukul 9.00
pagi dan disertai oleh ibu bapa serta kanak yang berkhatan. Mereka
diarak dengan mengunakan lori panjang yang dibina khas untuk tujuan itu.
Perarakan bermula dari gelangang futsal Kampung Bukit Gemuroh dan
berakhir di Sekolah Kebangsaan Padang Setar sejam kemudian nya. Kanak2
yang berkhatan diraikan khas dimajlis tersebut dengan perarakan pulut
kuning yang dibuat khas serta diiringi oleh pemukul gendang yang dibawa
khas dalam majlis tersebut dari kalangan mereka berbangsa cina. Setelah
itu mereka dimandikan beramai2 oleh pasukan bomba dari bandar Kuala
Berang
Majlis yang macam ini sepatutnya diadakan pada kadar yang kerap kerana
dengan adanya majlis yang macam ni dapat mengeratkan silaturahim antara
penduduk dan dapat menjimatkan kos, Disamping itu dapat mempetengahkan
budaya melayu atau pun budaya2 bangsa lain.
keadan di dalam lori panjang yang luas dan selesa.
Majlis berkhatan selesai pada pukul 2.00 petang dengan tetamu dijamu dengan hidangan seperti majlis kawin. Diucapkan selamat menempuh alam remaja kapada mereka2 yang berkhatan :)
08:14
azram sulong
Ahad, 11 Disember 2011
Kampung Bukit Gemuroh/squard sayang
....WARGA EMAS DAN GOLONGAN KURANG UPAYA......
Dalam
kesibukkan kita melakukan tugasan seharian, tanggungjawab sosial serta
masyarakat jangan pernah dilupakan. Walau ke mana saja kita pergi, di
mana saja kita berada, apa pun darjat kita..ingatlah..bahawa tanpa orang
- orang tua kita, kita tidak akan lahir di dunia ini. Oleh itu,
hargailah mereka selagi mereka masih hidup. Berbuat baik lah dengan
mereka, jagalah mereka dengan seadanya, hiburkan hati mereka dengan
kegembiraan dan kehadiran kita di sisi mereka, kasih sayang yang mereka
curahkan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan tidak dapat ditukar
ganti.
.....SKUAD SAYANG......
Justeru itu, untuk menghargai jasa dan pengorbanan golongan ini, Wanita Umno telah mengadakan 1 program yang dipanggil 'SKUAD SAYANG' dan ditubuhkan pada tahun 2009. Anggota SKUAD SAYANG ini,
akan turun padang untuk membuat kunjungan dari rumah ke rumah bagi
mendekati golongan ini. ( walaupun artikel ini maybe dianggap politik
sikit, tapi saya rasa secara peribadi..program ini sangat bagus
ditubuhkan. sebab...kita boleh mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
warga emas, memberi sedikit sumbangan, melawat dan meramah mesra dengan
mereka. seperti yang kita sedia maklum, dalam zaman sekarang, kita
sentiasa sibuk bekerja untuk mencari rezeki. so, kita tiada masa untuk
menjenguk mereka sekiranya mereka tinggal jauh dari rumah kita. dan kita
tidak akan pergi ke rumah2 mereka sekiranya tiada perkara penting untuk
diuruskan yang melibatkan mereka. mungkin juga ada diantara golongan
muda sekarang, masih ada yang tidak mengenali siapa mereka walaupun
tinggal sekampung. so, dengan adanya program ini, kita boleh merapatkan
hubungan silaturrahim yang hampir kian putus. hehe. Saya dah setahun
join grup ni dan semakin lama, saya semakin jatuh sayang dengan golongan
ini. ALHAMDULILLAH ..Yang baik jadikan tauladan, yang jahat jadikan
sempadan.) Sebenarnya, tiada dana khas yang diperuntukkan untuk 'SKUAD SAYANG', sumbangan yang dihulurkan berbantuk peribadi dan dilakukan secara sukarela.
Jom, kita tengok gambar... siapakah SKUAD SAYANG Kg Bukit Gemuroh yang pergi menjenguk..
Puan Suhaiza bersama Pengerusi JKKK Kg Bukit gemuroh iaitu En.Abd Rahsid
bin Ismail dan skuad sayang lain sedang berbual-bual dengan Tokwan Wan
Zainab binti Tom Hamzah..
En. Abd Rashid ketika melangkah keluar, di belakangnya ialah Tokwan Kembang.
Bergurau senda bersama Tokwan Sulong binti Mamat.
Bersama arwah Tokteh..nama sebenar beliau Puteh binti Nik. Dulu arwah
merupakan seorang bidan kampung, tapi..apabila usia semakin
meningkat..arwah diserang angin ahmar. Ketika ini, beliau tidak dapat
menahan sebak apabila melihat skuad sayang datang menziarah.. Semoga
arwah ditempatkan dalam golongan yang beriman.
Semoga arwah ditempatkan dalam golongan yang beriman. Sama2 lah kita sedekahkan ALFATIHAH kepada arwah. Amin..
Berbual-bual dengan Tokwan Siah,atau nama sebenrnya..Siah binti Abdullah.
Time ni...kt rumah Pok Tahir. Beliau menghidap penyakit buah pinggang manakala isterinya pula sering sahaja sakit..
Puan Normala menyampaikan sedikit sumbangan kepada anak En.Ramley.
Bersama En.Ramley bin Mat Aris. Beliau terlantar di katil akibat serangan angin ahmar.
Terkaku tanpa mampu berbicara. Hanya doa mampu disedekahkan untuk beliau.
Ni kat rumah Mak Mandak...
Bersama Toklong Nab..
Antara barangan yang telah disumbang kepada warga emas.
YB Rozi bersama En. Abdul Rashid menjenguk arwah Abdul Ghani bin Abdul Rahman, sebulan sebelum arwah meninggal dunia.
08:14
azram sulong
Khamis, 25 Julai 2013
Kampung Bukit Gemuroh/ Majlis Khatan
MAJLIS BERKHATAN
Tanggal 25 Mei 2013, hari Sabtu ...satu majlis
berkhatan beramai - ramai telah diadakan bagi meraikan anak - anak
kecil penduduk Kg Bukit Gemuroh. Seramai 12 orang peserta diraikan dalam
majlis ini. Majlis ini bermula dengan perarakan kecil dari gelanggang
serbaguna dan berakhir di rumah Pengerusi JKKK Kg Bukit Gemuroh. Mereka
dijulang diatas bahu sambil membawa payung strawberi.. Diiringi oleh
gadis - gadis kecil, dihiasi dengan bunga pahar, bunga manggar dan
didendangkan dengan paluan gong serta selawat beramai - ramai. Apabila
sampai di rumah En.Abdul Rahsid, mereka direnjis dengan air mawar dan
dihiburkan dengan tarian balai. Majlis ini cukup - cukup meriah dengan
kehadiran orang - orang kampung dan dif jemputan. Orang - orang kampung
saling berganding bahu untuk memastikan majlis berjalan seperti yang
dirancang.
Secara umumnya, majlis ini diadakan tiap - tiap tahun. Ia seakan
menjadi perkara wajib setiap tahun untuk meraikan kanak - kanak
berkhatan ini. Majlis seperti ini, sangat - sangat wajar diteruskan dari
semasa ke semasa kerana ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim
sesama penduduk, dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik untuk
mengadakan kenduri khatan anak- anak mereka. Masih ingatkah....3
tahun lepas, majlis seperti ini juga telah diadakan dirumah En. Samsudin
bin Ahmad. Waktu itu mereka berarak dalam hujan..Kesian lak.. Hihi..
Nanti boleh imbau kembali dalam potret yang akan saya paparkan.. Selamat
Menonton..
....BERKHATAN TAHUN 2013....
....dijulang tinggi diatas bahu, diraikan bak raja sehari...
...Tersenyum menghilangkan debaran dihati...
...gadis - gadis pengiring...
....posing kejap sebelum berarak...
...mereka yang diraikan, segak bergaya...
....ditepung tawar, direnjis air mawar...
..dihiburkan dengan tarian balai...
...TIME NI DISEMBER 2010...
bunga pahar menjadi penyeri..
Berarak Dalam Hujan.. Jimat air pili Bomba..
Pengiring...
Dalam Kesejukkan...
Sanggup Bermandikan Hujan Untuk Meraikan Pengantin Kecil..
Wajah2 Diraikan...
Wajah2 Diraikan..
Berselera...
Dihiburkan Dengan acara Silat..
Orang2 Kampung Yang Saling Bekerjasama Dalam Menyiapkan Hidangan Untuk Tetamu Yang Datang...
Apabila Tiba Waktu Malam...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)