Menimba kubang satu kegiatan dikampung2 disatu masa yang
lalu,Masa menimba kubang ialah dimusim kemarau,Musim kemarau menjadikan kubang2
atau alur2 menjadi sangat sedikit air nya.Maksud menimba kubang bukan lah
semata2 menimba dikubang2,tapi menimba kubang termasuk dialur2 yang hampir
kering.Tempat menimba kubang hanya disekitar kampung.Dimasa yang lalu menimba
kubang biasa nya dilakukan disawah2 padi yang telah dituai hasilnya.Selain
itu dikawasan tanah rendah yang airnya
sentiasa bertakung.disebabkan musim kemarau air kubang menjadi kering dan
kecik.Kubang terjadi disebabkan keadaan semula jadi nya.Dimusim banjir kawasan
yg disebut diatas telah ditengelami air,menjadikan banyak ikan2 yang
terperangkap,Ikan yang terperangkap ini lah yang ditangkap mengunakan kan kaedah menimba
kubang.Menimba kubang memerlukan tenaga yang ramai,selain untuk bersuka2,menimba
kubang memerlukan kudrat yang banyak,jadi penyertaan ramai diperlukan.Biasa nya
ikan yg mendiami kubang ialah anak seluang,ikan sepat,ikan keli,ikan
peras,terbol,ikan haruan,udang>>>> malas nok kabor doh,banyak
sangat ikan nya..
Peralatan asas yg perlu
untuk menimba kubang ialah baldi,tangguk,cangkul dan beberapa peralatan
lain,namun peralatan yg disebut itu telah hanya digunakan dimasa yang
lalu.Dimasa sekarang menimba kubang telah mengunakan kaedah yg sangat
mudah,peralatan utama nya ialah mesin
penyedut air ( mesin pam air) dan peralatan yg disebut diatas.Mengunakan mesin
penyedut air sangat menjimatkan kerja dan hasil tangkapan sangat lumayan kerana
air kubang akan disedut sehingga kering dan ikan2 akan mudah ditangkap.Cara ini
sangat mudah dan tak perlu kapada tenaga
yang ramai. Walau macam mana pun penyertaan ramai lebih memeriahkan suasana.
Untuk merasai mood menimba kubang yang telah lama
ditinggalkan,seramai lebih dari 30 orang penduduk kampung bukit gemuroh telah
membuat satu program menimba kubang bersempena dgn cuti umum baru2
ini.Tempat yang menjadi pilihan ialah dipaloh cempedak.Paloh cempedak merupakan tempat yang menjadi pilihan sejak dari zaman dahulu kerana tempat ini mempunyai kawasan yang luas dipersekitaran nya.
Penyertaan terdiri dari peringkat kanak2 dan orang dewasa ( kanak2 tukang tgk je lah)Oleh kerana program ini untuk suka2 dan mengambil mood menimba kubang dimasa lalu jadi program yg diadakan lebih mirip kapada berkelah,Program bermula pada pukul 10.00pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang dengan mendapat hasil tangkapan yang lumayan.Waktu ini dipilih kerana bersesuaian dangan keadaan.Sekian...
Penyertaan terdiri dari peringkat kanak2 dan orang dewasa ( kanak2 tukang tgk je lah)Oleh kerana program ini untuk suka2 dan mengambil mood menimba kubang dimasa lalu jadi program yg diadakan lebih mirip kapada berkelah,Program bermula pada pukul 10.00pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang dengan mendapat hasil tangkapan yang lumayan.Waktu ini dipilih kerana bersesuaian dangan keadaan.Sekian...
0 comments :
Post a Comment