Friday, 23 March 2018

Pada 23-3-2018 satu majlis menyambut menantu telah diadakan dirumah Kasim Mamat  dan Mariam bt Tahir,Majlis menyambut menantu ini diadakan kerana perkawinan  anak lelaki mereka iaitu  Mohd Shahrul Bin Kasim.Menantu yang disambut bernama Nurul Asyifa'a Raisya bt Mohd Syamsuri.(Nama pengantin perempuan ni sangat mengetarkan)Mohd Shahrul memang orang kampung bukit gemuroh dan seorang yang sangat berdidikasi dalam pekerjaan nya sehariannya.Sementara pasangan nya berasal darikota bharu kelantan dan bekerja disebuah pusat membeli belah.Pasangan ini telah diijab qabul dimasjid dikelantan pada 17-3-2018 dikampung paya bembam berek 12.


Salah satu dari rahsia Allah keatas makhluk nya ialah jodoh pertemuan.Jodoh pertemuan sangat sukar untuk difahami kerana ianya memerlukan penelitian yg memdalam,Yang bagus untuk jadikan contoh tentang jodoh pertemuan ialah perkawinan antara Sharul dan syiffa,Dikatakan kedua2nya tak kenal lansung tetapi diperkuatkan dengan jodoh mereka telah pun diijabqabul dan telah menjadi suami isteri.

Dibawah diperturunkan maksud Jodoh pertemuan..

Memang diakui jodoh dan pertemuan itu adalah di tangan Tuhan. Bagamanapun kata-kata ini tidak boleh difahami secara umum begini, sebaliknya ia memerlukan huraian yang jelas, kerana ia mempunyai hubungan erat dengan qada’ dan qadar Allah. Seseorang perempuan yang tidak di sangka-sangka dipinang orang kemudian berkahwin dan perkahwinannya kekal sehingga ke anak cucu. Itulah yang dikatakan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Begitu juga seorang yang sudah lama bercinta dan berjanji untuk untuk berkahwin namun mereka gagal berkahwin, juga dikatakan sebagai jodoh pertemuan itu di tangan tuhan.

Bagaimanapun seseorang itu tidak boleh menyerah bulat-bulat kepada kaedah ini. Jangan hendaknya kerana jodoh pertemuan itu di tangan tuhan maka mereka tidak berusaha untuk mencari jodoh, sebaliknya mengambil sikap menunggu sahaja. Ini jelas satu prinsip hidup yang bercanggah dengan ajaran Islam. Kita dikehendaki berusaha selaras dengan ajaran-ajaran Islam yang Maha Suci, tetapi kita juga hendaklah menyerahkan kejayaan usaha kita itu kepada Allah SW. Setelah berusaha tetapi jodoh tidak ditemui juga barulah boleh kita mengatakan jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan.Dengan lain perkataan jodoh dan pertemuan yang berbentuk umum itu boleh diubah dengan usaha yang kita lakukan, kerana tidak tidak seorangpun yang dilahirkan sudah mengetahui jodoh dan pertemuannya. Sehubungan dengan usaha yang berterusan selaras dengan syariat mesti dilakukan.

Seperti biasa majlis kenduri kawin bermula diawal pagi dengan bergotong royong menyediakan lauk pauk seperti gulai daging kawah dan sayur2an.Diawal pagi juga gotong royong menyiang daging dan penyediaan lauk pauk.Pada malam sebelum majlis kenduri,golongan muda bergotong royong memasak air minum secukupnya disamping menyediakan kemudahan untuk memasak seperti dapur,kayu api,periuk besar dan sebagainya.

Majlis makan bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang,Tetamu yang datang memang seawal pukul 11.00 pagi,Salah seorang tetamu istimewa ialah Timbalan menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Dato Sri Jailani Johari.Kedatangan nya sangat memeriahkan Majlis..

Oleh kerana majlis kenduri ini diadakan pada hari jumaat rombongan pengantin perempuan datang agak lewat iaitu setelah solat jumaat,setelah ahli rombongan bersolat jumaat dijalanan..Pengantin tiba lebih kurang pukul 3.30 petang dengan berbagai upacara yang selayaknya pada majlis menyambut menantu.Rombongan pengantin bersurai hampir pukul 5.00 petang.SEKIAN

Menu..Daging kawah>>>> tuan kenduri sembelih kerbau yg bapok..hahahaha.
           Sayur2
           Belacan,ikan kering
           Bubur
           Icecream
           Dan Macam2 ada...

JKKK Kg bukit gemuroh dan admin blog jkkk kampung bukit gemuroh mengucapkan selamat pengantin baru kapada kedua2 pengantin iaitu Mohd Shahrul dan Syiffa..Semoga perkawinan ini kekal selama nya.Didoakan semoga perkawinan ini diberkati..INSHAA ALLAH.

ROMBONGAN PENGANTIN PEREMPUAN..>>>











TETAMU JEMPUTAN>>>>>








PEKERJA SUKERELA..:) >>>>>>









Lain2 gambar>>>>>>





Thursday, 22 March 2018

Pada 22-3-2018 satu majlis walilmatulurus telah diadakan dirumah mustafa bin Hasan (pok din) dan Zainun bt Isa,Majlis menyambut menantu ini diadakan kerana perkawinan  anak perempuan dan anak lelaki mereka.Majlis ini membawa dua maksud iaitu majlis memyambut menantu dan majlis pernikahan.(mcm pelik je ayat).Anak perempuan mereka bernama Nurkamila bt mustafa dan anak lelaki bernama Mohd Faiz bin Mustafa.

Nurkamila bt mustafa dan pasangan nya telah di ijabqabul pada 20-3-2018.Pasangan nya bernama umrull Razziman bin Mohd Rafi.Pengatin lelaki berkerja di pejabat daerah kuala berang dan berasal dari kampung gaung,kuala berang,Pengantin perempuan berkerja sebagai pembantu disebuah syarikat dibandar kuala berang.

Mohd Faiz bin mustafa dan pasangan nya telah diijab Qabul pada  16-12-2017 di surau bukit ara,ajil.terengganu.Pasangan Muhammad Faiz bernama Suzielieyana bt salahuddin dan berasal dari Ajil terengganu,Muhammad Faiz berkerja di latitud tree ajil.
Sedang mengancam

Perkawinan merupakan salah satu sunah rasullah dan mempunyai banyak kebaikan nya,antara nya ialah mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga  pasangan yang berkawin dan boleh juga mengeratkan hubungan adik beradik serta keluarga.Contoh silaturahim yang baik telah ditonjol dengan kedatangan adik2 kapada mustafa bin hasan,Perlu juga diketahui mustafa hasan merupakan pemautautin tetap malaysia,Mustafa Hasan merupakan seorang migram yg datang dari Indonesia.Beliau berasal dari lombok Indonesia. dan telah berkawin dengan Zainun Isa dan mendapat zuriat yang bernama muhammad Faiz dan Nurkamila...Dengan kedatangan adik2 kapada mustafa Hasan untuk meraikan perkawinan anak2 saudara mereka maka lengkap lah erti merapatkan silaturahim itu sendiri,perlu juga diketahui jarak antara kampung bukit gemuroh dan mataram ibu negeri lombok ialah 2100km,Itu pun ukuran google map,Perjalanan sebenar mungkin lebih jauh dari itu lagi...

Seperti biasa majlis kenduri kawin bermula diawal pagi dengan bergotong royong menyediakan lauk pauk seperti gulai daging kawah dan sayur2an.Diawal pagi juga gotong royong menyiang daging dan penyediaan lauk pauk.

Pada malam sebelum majlis walilmatulurus golongan muda bergotong royong memasak air minum secukupnya disamping menyediakan kemudahan untuk memasak seperti dapur,kayu api,periuk besar dan sebagainya.

Majlis makan bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang,Oleh kerana kerja kawin dirumah  Mustafa hasan untuk meraikan perkawin dua orang anak nya maka rombongan pengantin juga mempunyai dua masa.Rombongan pertama iaitu pengantin perempuan Suzielieyana tiba pada pukul 11.30 pagi dan bersurai pada pukul 1.00 tengah hari,sementara itu rombongan kedua iaitu umrul Razziman telah tiba pada pukul 2.30 petang dan bersurai pada pukul 4.00 petang.Sementara itu jemputan kenduri kawin berlanjutan seperti yang dirancang sehingga pukul 5.00 petang.SEKIAN
Keluarga nya dari lombok,Datang nya hanya untuk meraikan perkawinan anak2 saudaranya.Sesuatu yang boleh dipuji

JKKK Kg bukit gemuroh dan admin blog jkkk kampung bukit gemuroh mengucapkan selamat pengantin baru kapada  pengantin2 iaitu Muhammad Faiz dan Suzielieyana serta Nurkamila dan Umrul Razziman Semoga perkawinan ini kekal selama nya.Didoakan semoga perkawinan ini diberkati..INSHAA ALLAH.

GAMBAR2 MUHAMMAD FAIZ DAN SUZIELIEYANA.>>>>





GAMBAR2 NURKAMILA DAN UMRUL RAZZIMAN>>>>






TETAMU JEMPUTAN NYA>>>>






PARA PENGOTONG ROYONG>>>>>