Laluan T115 adalah merupakan jalan utama atau pintu masuk ke Kampung Bukit Gemuroh
Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuroh
Sekolah ini walau pun terletak di kawasan luar bandar tetapi masih dikategorikan dalam gred A kerana bilangan pelajar semasa pengredan sekolah mencapai kuota yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu lebih daripada 250 orang.
Sungai Tersat
Berhulukan Gunung Padang yang terletak di Banjaran Pantai Timur.
Sungai Tersat
Kejernihannya menambahkan lagi kedamaian dan keindahan Kg. Bukit Gemuroh
Aktiviti Pertanian
Merupakan kegiatan ekonomi utama penduduk kampung.
Pada 2-10-2016 satu majlis
walimatulurus telah diadakan dirumah saudara Ton Jiwa Teratur bin ton jusuh
kerana meraikan perkawinan anak perempuannya iaitu Wan Noor Hafsah binti Ton
Jiwa teratur dengan pasangan nya Mohd Firdaus bin M.Hasan.Akad nikah
dilangsungkan dimasjid kampung bukit gemurohpada 1-10-2016 pada pukul 9.30 malam
Pengantin lelaki juga
berasal dari kampung bukit gemuroh (makna nya sakni nikah sama sekampung).Kedua2
nya bekerja dipusat latihan bomba di wakaf tapai (senang kira,jumpa kat nung
lah ning)
Majlis ini diadakan dengan
gilang gemilang,Sejak pagi penduduk kampung bertukus lumus menyediakan lauk
pauk,Tuan rumah telah menumbangkan tiga ekor lembu,(tuan rumah banyak lembu
boh) Dengan tiga ekor lembu majlis biasanya sangat sibuk kerana jemputan tentu
ramai,Majlis makan seawal jam 11.00 pagi dan rombongan pengantin lelaki akan
tiba pukul 12.00 tengah hari.Dengan atur cara yang macam itu memerlukan tenaga
yang bukan sedikit.
Cabutan nombor bertuah
telah diadakan,Acara telah dikendalikan oleh juru hebah yang disewa
khas.Disamping itu DJ telah mengadakan beberapa acara sampingan untuk
memeriahkan lagi majlis walimatulurus.
Menu.
Nasi kawah.
Gulai daging kawah,Tujuh
kawah
Sayur Umbut.
Sambal.Ikan kering Goreng.
Gulai ikan.
Lain2..Bubur,Akod Kedut.Chef
akod kedut telah dibawa dari wakaf tapai.
(tenguk toh,gi sender dok mudah kekawan toh,huhuhu)
Semoga perkawinan ini kekal
bahagia selamanya...
Admin blog JKKK kampung
bukit gemuroh dan JKKK kampung bukit gemuroh mengucapkan selamat pengantin baru
kapada dua mempelai.
gambar2>>>>>
Permaufakatan
semangat gotong royong seperti ini bergantung juga kapada tuan punya kerja,kalau tuan kenduri sentiasa ada ditengah masyarakat (tolong kerja kuit orang) orang yang akan tolong sehingga kerja selesai,yg datang tolong menjadi sangat ramai.tapi kalau seseorang itu kurang ditengah masyarakat juga tak perlu bimbang kerana akan sentiasa ada yang akan tolong,Bak kata orang,kalau malu pun orang kampung kita jgk seandainya satu2 majlis tidak berjaya disebabkan tak ada orang yg datang.Perlu juga diketahui,bergotong royong mesti ada elemen,yg bekerja,yg arah2,yang duduk2,yg berloyar buruk,yang makan2,yg berkenal2an,Tempat seperti ini sebaik tempat untuk mengeratkan silatulrahim...
untuk memeriahkan suasana akan ada yang bergurau berlebihan,sebenarnya nak ikat tali nak tambat kaki lembu supaya senang untuk menyiang.. #mat isan
kualiti tinggi daging ni,sampai teringat2 ketika menyiangnya
Acara makan pagi
Acara buat air
penduduk kg bukit gemuroh kebanyakan nya layak menjadi chef
terasa tinggi nilainya
(bakar akod kedut),tempat bakar akod ni beharga rm 400 untuk satu set.Dibuat dari tembaga tulin.
DJ
Tetamu>>>
Sesuatu yang mesti dibaiki dikhemah makan,meja tak sepadan dgn kerusi,kerusi banyak tapi meja tak ada.Makan terpaksa ikut stail allahyarham tan sri p.ramlee seperti dlm filem arahan nya.Tenguk gambar kat bawah..Perkara yang seperti ini terjadi dikebanyakan kampung di hulu terengganu.
lagu oleh tan sri s.m.salim
catitan:admin banyak tepengaruh kapada membuat blog race moto,sbb tu sentiasa ada perkataan acara,harap maaf deh..