Kampung bukit gemuroh salah sebuah kampung yang tidak
mempunyai kawasan yang luas,dengan tiada kawasan yg luas tiada tempat untuk
mendirikan kemudahan asas dan kg bukit gemuroh merupakan kampung yang kurang
kemudahan asas,salah satu kemudahan asas yg dimaksudkan ialah padang permainan.Mungkin
padang permainan yg dimaksudkan ialah padang bola.
Kampung bukit gemuroh merupakan salah satu kampung yang tak
ada padang bola di mukim tersat,kalau ada pun hanya menumpang dipadang
kepunyaan orang lain yakni padang sekolah kg bukit gemuroh,kemudahan asas yg
lain hanya tempelan ditanah2 penduduk kampung,sangat menyedihkan..
Ni lah tempat yang dimaksudkan
Untuk mengatasi masalah tu,mungkin ada alternatif tertentu
yang membolehkan kampung bukit gemuroh mempunyai padang permainan nya sendiri
yang mungkin mempunyai taraf tertentu,Salah satu cara untuk mengatasi masalah
ini ialah dengan menebus tanah,maksud menebus ialah dengan mengambil tanah
penduduk kampung dengan memberi bayaran yg setimpal.tempat yang dimaksudkan
ialah seperti didalam peta diatas.Kawasan yang bertanda merah ialah kawasan
sungai yang akan dibuat semula untuk meluruskan aliran nya dan dikawasan
sebelah kampung atau tempat aliran sungai asal ditebus guna atau
ditambun,(seperti bertanda biru) kawasan tersebut boleh lah dijadikan kawasan perumahan atau kawasan
permainan setelah kawasan itu diambil
oleh pihak kerajaan dengan bayaran yang tertentu,lebih mahal lebih bagus.
Kebaikan dari tindakan yang mungkin dilakukan ialah kampung
bukit gemuroh boleh diselamatkan dari hakisan sungai tersat.Disekitar tepi tebing
sungai tersat yang sekarang hakisan nya sangat membimbangkan,Mungkin disuatu
masa yang akan datang ada rumah penduduknya akan lenyap ditelan hakisan
Penebusgunaan tanah memerlukan kos yang tinggi,mungkin
sekitar 10 juta atau lebih.terpulanglah kapada pihak berwajib memikirkan nya.walau
macam mana pun projek yang macam ni payah nak jadi kerana kos,Harap2 projek ni
jadi jugak walau memakan masa 100 tahun lagi,Sekian..
Catitan:
Mintak maaf banyak deh,cadangan ini
datang ketika amber tgk google map dan ternampak lah likuan sungai tersat yang
sangat mengkagumkan tu,Sungai tersat telah menghampiri rumah penduduk kampung
dan mungkin lenyap untuk beberapa tahun lagi sekira sesuatu tidak dibuat.Lagi
pun ambe dah bercakap tentang ni dikedai nuar labu dan disokong plk oleh mat
nor azam (lowed),Kamarul cek amat (rumah dia yang paling dekat dgn sungai
tersat sekarang ni) Mat atan ( dia sengeh2 jer) nuar labu sendiri (Dia ni mcm
dengar tak dengar sbb dia tengah tenguk cerita tamil,peminat nombor 1 cerita
tamil dia ni)