paloh
Dimasa yang lalu,sungai tersat yang melalui kampung bukit
gemuroh tidak lah mempunyai laluan nya seperti sekarang,Dimasa itu laluan nya
mempunyai likuan yang sangat menakjubkan,Sungai tersat yang ada sekarang telah
melalui proses untuk membetulkan laluan nya oleh penduduk kampung dimasa itu, Dengan
membuat laluan baru banyak menefaat yang diperolehi,salah satu dari nya dapat
memendekan lagi perjalanan untuk memudiki sungai.Dengan sebab2 itu dapat memudahkan
pedagang yang datang dari kuala sungai terutama nya dari kuala berang dan kuala
terengganu untuk berdagang.Berdagang maksudnya ialah membawa barang dagangan
dari bandar kepenempatan dihulu2 sungai.Sehingga ditahun2 akhir 1970an barang2
dagangan masih beroperasi melalui sungai tersat,Orang terakhir berdagang
melalui sungai tersat ke kampung bukit gemuroh dikenali sebagai Chek Ali,dengan
sebab dia lah ikan singgang,budu belancan ikan jeruk,ikan kering boleh
diperolehi dengan mudah oleh penduduk kampung bukit gemuroh..Perahu dagang,perahu
kajang,perahu jalur sangat sinonim dimasa itu..
Yang bertanda biru likuan sungai sebelum digali,yang merah tempat yg digali.
Dikatakan juga laluan
baru dibuat untuk memudahkan pendakwah datang untuk menyebarkan ugama
Islam.Selain itu nama2 hebat yang memungkin sungai tersat mengalami perubahan
ialah seperti nama Tun Indera dan nama tun Indera telah diabadikan disebuah
sekolah menengah dikampung pelandan.(perlu juga
diketahui tun indera datang bersama adik beradik nya yg lain kerana mengiringi
angkatan sultan sulaiman yang diangkat menjadi sultan terengganu,nama adik
beradik nya yang lain seperti Tun Segempa Alam,Tun Segempa Ali,Tun Belian
mahmud,Tun Daud,Tun Adinda dan salah seorang nya telah dimakamkan dibukit Jerat
dikampung kuala menjing.Nama sebenar Tun indera ialah Tok Tun Indera Muda)Diatas
keperluan itu lah laluan sungai tersat telah mengalami perubahan.Dikatakan
gotong royong telah dibuat melibatkan dua buah kampung iaitu kampung lebat daun
dan kampung tepas(semasa sungai tersat digali untuk
memendekan laluan nya,penduduk kg tepas belum lagi berpindah ke kg bukit
gemuroh yg sekarang,semasa itu kg bukit gemuroh adalah hutan rimba,tempat itu
hanya dikenali sebagai bukit gemuroh sahaja).Dikatakan juga pengalian
memakan masa selama beberapa bulan.Besar laluan yang digali hanya lah lebih
dari semeter.Walau pun hanya semeter lama kelamaan sungai tersat yang digali menjadi
semakin membesar akibat dari hakisan terutamanya hakisan akibat dari banjir
disaban tahun terjadi. Kerja gotong royong yang dilakukan melibatkan kaum
lelaki dan perempuan,Kaum perempuan sebagai tukang masak kerana beberapa ekur
kerbau telah disembelih untuk memenuhi makan tengahari oleh kaum lelaki.
Pada masa sekarang bekas likuan sungai tersat dikenali
sebagai paloh,paloh merupakan tasik ladam dan satu2nya ada di kampung bukit
gemuroh.(bersambung)
0 comments :
Post a Comment