Salah satu anugerah besar daripada tuhan yang maha esa ialah air,Air
merupakan keperluan yang sangat asas dalam kehidupan.Air tidak hanya penting
kapada manusia tetapi air merupakan penting kapada semua makhluk seperti haiwan
dan tumbuhan,Tanpa air berkemungkinan besar tiada kehidupan.Air memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan manusia,Malah tubuh
manusia sendiri terdiri dari 70% air,Air digunakan untuk macam2 perkara seperti
membersihkan diri,memasak dan sebagainya,Selain itu air berperanan besar dalam
sektor perlancungan perkilangan pertanian,malah boleh dikatakan air diperlukan
dalam semua kegiatan hidup
Air boleh didapati dibanyak tempat tetapi tidak semua tempat mempunyai
air,contoh2 tempat yang tak mempunyai air seperti digurun2,Walau macam mana pun
keberadaan air ada dimana2 walau pun digurun sendiri Cuma quantiti air nya
sahaja yang berlainan sama ada banyak atau pun sikit,Air digurun dihadirkan
hanya dalam bentuk embun,Digurun tidak mempunyai hujan,malah ada gurun didunia
tak mempunyai hujan sejak 100,000 tahun yang lalu.Di-Malaysia,negara kita tak langsung
punya masalah kekurangan air,air ada dimana2,sama ada disungai2,tasik2,parit2
dan didalam perut bumi,Yang paling
penting ialah menjaga sumber ini dengan sebaik2nya
Yang aku nak cerita tentang sumber air yang ada dikampung
bukit gemuroh,Sumber air ini bukan lah terlalu penting kapada masyarakat
setempat atau negara,tetapi penting kerana satu dari anugerah tuhan itu ada
dikampung bukit gemuroh dan mesti dijaga peranan nya,Sumber yang aku maksudkan
ialah Alur kampung bukit gemuroh,Walau pun alur ini tak penting kapada
kehidupan penduduk kampung bukit gemuroh tetapi peranan nya boleh dikatakan
sebagai besar kerana alur ini memberi kedamaian kapada yang ingin menikmatinya
dan mungkin salah satu peranan nya untuk melengkapkan peranan nya sebagai
sebuah kampung, kampung bukit gemuroh.Disuatu masa yang lalu alur ini telah
mengairi kawasan penanaman padi,Air alur ini cukup untuk kegiatan penanaman
padi sehingga penanaman padi tak diusahakan lagi...
Alur kampung bukit gemuroh bermula dari bukit
langkap,Panjang alur ini lebih kurang 3 km.Dan alur ini berkualakan disungai
tersat,Keseluruhan alur ini melalui kawasan pertanian,dan dikebanyakan tempat
laluan nya melalui kebun kelapa sawit dan kebun getah,selain itu ialah tanah
terbiar yang tak diusahakan,Hanya sedikit laluan nya melalui kawasan perumahan
hingga kekuala alur di sungai tersat.baca sini.
http://azramsulong.blogspot.com/2013/03/sungai-tersat.html
Pada
suatu hari aku telah mengikuti alur ini dari hulu sampai kehilir,mengambil
gambar ditempat sumber air alur ini keluar dari celahan batu dan aku melalui
alur diparit2 yang dibuat untuk mengeringkan kawasan penanaman kelapa sawit
sehingga ketanah gambut yang sangat sukar untuk dilalui.Hanya sedikit sahaja
hutan tanah gambut yang belum diusik,mungkin tuan punya tanah tak mempunyai
bajet untuk diusahakan tanah mereka,Melalui tanah gambut ini aku merasa sedih
kerana peranan alur ini seperti dibenci,ternampak sangat kemiskinan yang
dialami oleh alur ini,dibuat sebegitu rupa seperti tak punya peranan langsung.Tangisan
senyapnya seperti tak dipedulikan
Satu jam aku terkial2 ditanah gambut yang tak diusik,Takut
kapada anakonda (macam ada jer) babi hutan dan binatang yang bisa.Melihat
keajaiban faunanya,terjerlus kedalam paya yang sangat dalam tanah lembik
nya.mendengar kicauan burung,melihat burung merbuk yang membina sarang,melihat
anak2 haruan yang berenang2 dicelah rumput,duduk seketika ditanah yang lembab
sambil hisap rokok daun,kikiki
Melalui kawasan projek penanaman kelapan pandan yang
diusahakan oleh penduduk kampung dengan kerjasama jabatan pertanian.Baca
sini
http://bukitgemuroh-community.blogspot.com/2015/04/projek-tanam-kelapa.html..Selain itu alur ini melalui satu kawasan tanah terbiar yang tak
diusahakan sejak berpuluh tahun yang lalu,Kawasan ini merupakan tempat berpaya
dan menjadi tempat makan binatang ternakan seperti kerbau kepunyaaan penduduk
kampung,Selebih nya alur ini melalui kawasan kampung dan meneruskan peranan nya
kesungai tersat,Sekian..
Kesimpulan nya:Harap benar2 supaya alur ini dijaga dengan
rapi,jangan sampai alur ini menjadi tempat pembuangan sampah atau menjadi
tandas awam,Harap benar2 alur ini dijadikan tempat untuk rekreasi,Dibina dengan
baik dan dihargai...
Catitan:gambar yang paling atas ialah gambar yang paling
hulu dan yang paling bawah ialah gambar kuala alur kampung bukit gemuroh
disungai tersat,Gambar mengikut susunan seperti nombor..