Selamat Datang....
Laluan T115 adalah merupakan jalan utama atau pintu masuk ke Kampung Bukit Gemuroh
Tuesday, 30 June 2015
17:04
azram sulong
Telah kembali kerahmatullah Ismail bin omar pada 23-6-2015,Allahyarham lebih dikenali sebagai pok ngoh enon.Telah menghambuskan nafas terakhir pada 23-6-2015 pada pukul 11.30 malam dan arwah telah dikebumikan pada 24-6-2015 pada keesukan hari nya,semoga roh nya dicucuri rahmat..Amin...
Friday, 5 June 2015
00:53
azram sulong
Telah pulang kerahmatullah liah bt hassan pada 24-5-2015
pada pukul 4.30 petang setelah mengidap sakit angin ahmar hampir 3 tahun yang
lalu.Meninggal pada usia 71 tahun. Dilahirkan pada 21-9-1944...Semoga roh nya dicucuri
rahmat,Amin..
Semasa hidupnya liah bt hasan seorang yang sangat gigih
berusaha sebagai seorang pekebun sambilan,Beliau juga dikenali sebagai mok yoh
kapada penduduk kampung dan mesra dipanggil macam tu.Beliau suka bertanam sayur
secara kecil2an menumpang bertanam secara berkelompok bersama2 kawan
nya,Tanaman nya sangat menjadi dan memmberi hasil yg boleh dikatakan sebagai
lumayan.Tanaman yang beliau sering usahakan seperti tanam jagung,kacang tanah
dan sayuran seperti timun,lada dan kacang panjang.Beliau juga seorang tukang
urut yang berjaya berdasarkan ramai yang mengunjungi rumah nya untuk berurut
dan kerap berurut diluar kampung.Sekian
Tuesday, 19 May 2015
05:41
azram sulong
Apa yang aku nak cerita tentang gambar diatas ialah dimasa
teknologi belum lagi pesat membangun dikampung bukit gemuroh khas nya dan dimalaysia
am nya.Cerita aku ini berkisar pada tahun 1970 hingga tahun 1980...Dimasa itu
dunia internet hanya ada di amerika syarikat,itu pun berkisar kapada angkatan
tenteranya sahaja.Facebook dan sebagainya masih lagi belum terfikir oleh
sesiapa.dimasa itu pengasas facebook belum lagi lahir kedunia,mungkin juga mak
dan ayah Mark Zuckerberg belum lagi pandai mengurat,huhuhu....
Seingat aku komputer hanya digunakan oleh perdana menteri
yang ke-4 iaitu Tun Dr mahathir Mohamad pada tahu 1982...Sebelum itu komputer
tak ada orang yang pandai sebut.Bila diperkenalkan dengan komputer,nama
komputer seolah2 sesuatu yang sangat besar,Komputer juga difahami sebagai
sesuatu yang sangat ajaib,komputer dikatakan sebagai sesuatu yang boleh
menyelesaikan masalah.Setelah generasi sekarang diperkenalkan dengan komputer
maka komputer telah memberi faham kapada semua yang mengenalinya.
Dikampung bukit gemuroh pada tahun 1960an,alatan eletronik
yang ada dimasa itu ialah radio,Tv memang tak ada lagi,Tv tidak dikenali cara
digunakan,ada yang kata tv ialah panggung kecil yang ada filem kat belakang
tv,Macam2 andaian dibuat apakah tv.Aku sendiri mengenali tv dan pertama sekali
tenguk tv dirumah guru aku,seorang berbangsa china yang bernama Mr lai,
disekolah menengah tengku ampuan intan Kuala berang pada tahun 1970an dan aku
mengenali dan bertanya macam mana tv berfungsi.Dari situ lah aku benar2 kenal
cara2 tv berfungsi,Menjadi perdebatan hangat dikalangan kawan2 aku macam mana
gambar yang dipancarkan dari kuala Lumpur boleh dilihat beratus batu jauh nya
(masa tu kiraan batu tau,kilometer ukuran baru).Belajar dan bertanya,diketahui
lah cara2 tv berfungsi...
Tv yang pertama ada dikampung bukit gemuroh dipunyai oleh
Saleh bin Abdullah iaitu abang kapada mat diana,Tv nya berfungsi mengunakan
generator yg dibeli dan digerakan dengan memngunakan minyak petrol sebab dimasa
itu letrik belum ada dikampung bukit gemuroh.untuk memenuhi pergunaan minyak
petrol kapada generator untuk letrik,tuan punya tv telah mengutip 5 sen seorang
untuk satu tayangan tv.Pada tahun2 itu siaran tv sangat terhad,siaran nya
bermula pada pukul 3 petang dan tamat pada 12 tengah malam,pada hari ahad
siaran tv bermula agak awal sedikit,bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir
pada pukul 12.00 malam..
Cerita2 yang menjadi minat ketika ialah:
1)Space: 1999 is a British-Italian science-fiction television series
that ran for two seasons and originally aired from 1975 to 1977.[1]
In the opening episode, set in September 1999, nuclear waste stored on the Moon's far side explodes, knocking the Moon
out of orbit and sending it, as well as the 311 inhabitants of Moonbase
Alpha, hurtling uncontrollably into space. The series was the last
production by the partnership of Gerry and Sylvia Anderson and was the most expensive
series produced for British television up to that time. The first season was
co-produced by the British television ITC and the Italian television RAI, while the second
season was produced solely by ITC.
Starring:
Martin landau,Barbara Bain,Barry Morse,Catherine
Schell,Prentis Hancock,Clifton Jones,Zienia Merton,Anton Phillips,Nick
Tate,Suzanne Roquette,Tony Anholt,Jeffery Kissoon,Alibe Parsons and Yasuko
Nagazumi...
2)Combat! is an American television program
that originally aired on ABC from 1962 until 1967. (The
exclamation point in Combat! was a stylized bayonet.) The
show covered the grim lives of a squad of American soldiers fighting the
Germans in France during World War II. (The episode "A Day In June"
shows D-Day as a flashback, hence the action occurs
during and after June 1944.) The program starred Rick Jason
as platoon leader Second Lieutenant Gil Hanley and Vic Morrow
as Sergeant "Chip" Saunders. The series was unusual in that Jason and
Morrow would play the lead in alternating episodes.
Starring:Vic Morrow and Rick Jason...
3)The Six Million Dollar Man is an American television
series about a former astronaut with bionic implants
working for a fictional government office known as OSI.[n
1] The series is based on the Martin
Caidin novel Cyborg, which was the series's proposed title
during pre-production.[2]
Following three television movies aired in 1973, The Six Million Dollar Man
aired on the ABC network as a regular series for
five seasons from 1974 to 1978. The title role of Steve Austin was played by Lee Majors,
who subsequently became a pop culture icon of the
1970s. A spin-off series, The
Bionic Woman, ran from 1976 to 1978 (and, in turn, was the subject of a remake in 2007). Three television
movies featuring both eponymous characters were also produced between 1987 and
1994
Starring: Lee Majors,Richard Anderson,Martin E.Brooks
Banyak cerita yang menarik diketika itu seperti Bionic
woman,Lost in space,High Chaparall,Planet off the apes,logan run,Manixx,Chips,jessica
six dan banyak lagi siri2 television yang aku dok ingat doh,huhuhu...
Tunggu cerita aku bab yang lain pulok....
Sunday, 19 April 2015
07:20
azram sulong
Salah satu anugerah besar daripada tuhan yang maha esa ialah air,Air
merupakan keperluan yang sangat asas dalam kehidupan.Air tidak hanya penting
kapada manusia tetapi air merupakan penting kapada semua makhluk seperti haiwan
dan tumbuhan,Tanpa air berkemungkinan besar tiada kehidupan.Air memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan manusia,Malah tubuh
manusia sendiri terdiri dari 70% air,Air digunakan untuk macam2 perkara seperti
membersihkan diri,memasak dan sebagainya,Selain itu air berperanan besar dalam
sektor perlancungan perkilangan pertanian,malah boleh dikatakan air diperlukan
dalam semua kegiatan hidup
Air boleh didapati dibanyak tempat tetapi tidak semua tempat mempunyai
air,contoh2 tempat yang tak mempunyai air seperti digurun2,Walau macam mana pun
keberadaan air ada dimana2 walau pun digurun sendiri Cuma quantiti air nya
sahaja yang berlainan sama ada banyak atau pun sikit,Air digurun dihadirkan
hanya dalam bentuk embun,Digurun tidak mempunyai hujan,malah ada gurun didunia
tak mempunyai hujan sejak 100,000 tahun yang lalu.Di-Malaysia,negara kita tak langsung
punya masalah kekurangan air,air ada dimana2,sama ada disungai2,tasik2,parit2
dan didalam perut bumi,Yang paling
penting ialah menjaga sumber ini dengan sebaik2nya
Yang aku nak cerita tentang sumber air yang ada dikampung
bukit gemuroh,Sumber air ini bukan lah terlalu penting kapada masyarakat
setempat atau negara,tetapi penting kerana satu dari anugerah tuhan itu ada
dikampung bukit gemuroh dan mesti dijaga peranan nya,Sumber yang aku maksudkan
ialah Alur kampung bukit gemuroh,Walau pun alur ini tak penting kapada
kehidupan penduduk kampung bukit gemuroh tetapi peranan nya boleh dikatakan
sebagai besar kerana alur ini memberi kedamaian kapada yang ingin menikmatinya
dan mungkin salah satu peranan nya untuk melengkapkan peranan nya sebagai
sebuah kampung, kampung bukit gemuroh.Disuatu masa yang lalu alur ini telah
mengairi kawasan penanaman padi,Air alur ini cukup untuk kegiatan penanaman
padi sehingga penanaman padi tak diusahakan lagi...
Alur kampung bukit gemuroh bermula dari bukit
langkap,Panjang alur ini lebih kurang 3 km.Dan alur ini berkualakan disungai
tersat,Keseluruhan alur ini melalui kawasan pertanian,dan dikebanyakan tempat
laluan nya melalui kebun kelapa sawit dan kebun getah,selain itu ialah tanah
terbiar yang tak diusahakan,Hanya sedikit laluan nya melalui kawasan perumahan
hingga kekuala alur di sungai tersat.baca sini.http://azramsulong.blogspot.com/2013/03/sungai-tersat.html
Pada
suatu hari aku telah mengikuti alur ini dari hulu sampai kehilir,mengambil
gambar ditempat sumber air alur ini keluar dari celahan batu dan aku melalui
alur diparit2 yang dibuat untuk mengeringkan kawasan penanaman kelapa sawit
sehingga ketanah gambut yang sangat sukar untuk dilalui.Hanya sedikit sahaja
hutan tanah gambut yang belum diusik,mungkin tuan punya tanah tak mempunyai
bajet untuk diusahakan tanah mereka,Melalui tanah gambut ini aku merasa sedih
kerana peranan alur ini seperti dibenci,ternampak sangat kemiskinan yang
dialami oleh alur ini,dibuat sebegitu rupa seperti tak punya peranan langsung.Tangisan
senyapnya seperti tak dipedulikan
Satu jam aku terkial2 ditanah gambut yang tak diusik,Takut
kapada anakonda (macam ada jer) babi hutan dan binatang yang bisa.Melihat
keajaiban faunanya,terjerlus kedalam paya yang sangat dalam tanah lembik
nya.mendengar kicauan burung,melihat burung merbuk yang membina sarang,melihat
anak2 haruan yang berenang2 dicelah rumput,duduk seketika ditanah yang lembab
sambil hisap rokok daun,kikiki
Melalui kawasan projek penanaman kelapan pandan yang
diusahakan oleh penduduk kampung dengan kerjasama jabatan pertanian.Baca
sinihttp://bukitgemuroh-community.blogspot.com/2015/04/projek-tanam-kelapa.html..Selain itu alur ini melalui satu kawasan tanah terbiar yang tak
diusahakan sejak berpuluh tahun yang lalu,Kawasan ini merupakan tempat berpaya
dan menjadi tempat makan binatang ternakan seperti kerbau kepunyaaan penduduk
kampung,Selebih nya alur ini melalui kawasan kampung dan meneruskan peranan nya
kesungai tersat,Sekian..
Kesimpulan nya:Harap benar2 supaya alur ini dijaga dengan
rapi,jangan sampai alur ini menjadi tempat pembuangan sampah atau menjadi
tandas awam,Harap benar2 alur ini dijadikan tempat untuk rekreasi,Dibina dengan
baik dan dihargai...
Catitan:gambar yang paling atas ialah gambar yang paling
hulu dan yang paling bawah ialah gambar kuala alur kampung bukit gemuroh
disungai tersat,Gambar mengikut susunan seperti nombor..
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)