Sunday, 15 June 2014

  Benang sutera yang dibeli dari pembekal.

 

Sejarah sutera dan asal usulnya..

Sutera berasal dari negeri china,Sutera dijumpai dan digunakan berabad2 sebelum masihi,Dimasa itu perdagangan sutera dimonopoli oleh  negera china kerana kerahsiannya yang tidak memungkinkan pembuatan sutera diketahui oleh penduduk negera2 lain,Sutera dijumpai dengan cara tidak sengaja oleh seorang permaisuri china dimasa itu,Penelitian permaisuri maharaja china keatas kepompong dipokok malberi dan dengan tidak sengaja telah mengambil kepompong,kepompong yang diambil telah jatuh kedalam cawan teh yang sedang panas,ketika diambil ternampak oleh nya jaluran benang yang dihasil oleh kepompong.Dan dari situ bermulanya sejarah pembuatan kain sutera dinegara china,Pembuatan sutera telah menjadi rahsia negara berabad2 lamanya sehingga kerajaan bezentine telah menhantar beberapa orang pengintip untuk mengintip cara2 pembuatan sutera dan dari situ perusahaan membuat sutera telah dikuasai oleh negara2 diasia barat dan eropah pada 500 masihi setelah berabad2 menjadi rahsia oleh kerajaan china...


Sutera dimalaysia/terengganu

Sutera di-tanah melayu telah dikenali sejak tahun 1200 masihi,terutama nya dinegeri terengganu,Sutera telah dibawa oleh pedagang china keterengganu melalui pelabuhan terengganu dan terus kepelabuhan hulu, di kuala berang.( ganuindah.blogspot.com/2011/12/negeri-terengganu.html ) Melaka telah mengenali sutera pada tahun 1500,terkemudian dari terengganu,Pedagang dari china telah memainkan peranan yang penting mempekenalkan dan membawa sutera ketanah melayu..

Walau pun sutera telah lama dikenali dan dipakai oleh golongan bangsawan diterengganu tetapi pembuatan sutera,serta penanaman pokok malberi hanya dilakukan pada awal tahun 1980.Penanaman pokok malberi telah dilakukan oleh individu yang meminati perusahaan membuat sutera dengan membawa pokok malbari keluar dari negara india dan ditanam di kampung cheting hulu terengganu.Sutera Semai adalah anak syarikat dinegeri terengganu telah mengambil tangung jawab bagi melaksanakan perusahaan sutera di Terengganu.

 Mesin pelerai benang sutera

 PENENUNAN SUTERA DIKAMPUNG BUKIT GEMUROH..

Mungkin kerana kurang sesuai dan mungkin kurang kepakaran penanaman pokok malberi dan perusahaan membuat sutera oleh syarikat sutera semai di kampung cheting telah berkubur begitu sahaja, dengan meninggalkan beberapa orang pekerja mahir dalam penenunan sutera.Dari susur galur ini lah beberapa orang yang sangat meminati penenunan sutera telah mengambil beberapa inisiatif untuk menjadikan penenunan sutera sebagai kerjaya yang boleh memberikan pekerjaan kapada beberapa orang penduduk kampung bukit gemuroh.Beberapa orang yang berkemahiran telah menyewa peralatan menenun dan dijadikan sebagai perkerjaan kapada mereka.Perusahaan menenun yang dilakukan oleh mereka telah mendapat kerjasama JKK Kampung Bukit gemuroh dengan memberi bangunan balai raya lama untuk mereka beroperasi,Setakat ini ada 3 orang telah berkerja sepenuh masa untuk menenun.Setakat ini hasil produk mereka ialah batik sutera,songket dan sutera biasa.Penenunan sutera berdasarkan kapada tempahan yang diterima.Tempahan boleh dibuat di nombor talipon,0199913558....Sekian...
Benang akan disusun diatas bidai mengikut corak yang dikehendaki

Benang akan digulung dimesin pengulung..

80% siap

Kain Sutera yang sudah siap di tenun

0 comments :

Post a Comment