Untuk
mengekalkan silaturahim antara penduduk kampung bukit gemuroh dan perantau satu
majlis berhari raya bersama perantau telah diadakan.Majlis ini telah dianjurkan
oleh perantau sendiri dengan kerjasama JKKK kampung bukit gemuroh.Majlis ini
telah diadakan pada 7-7-2016 pukul 9mlm.Perantau dari kampung bukit gemuroh
mempunyai ahli jawatan kuasanya sendiri yang diketuai oleh Mohammad bin
Abdullah dan seramai 23 orang AJK serta mempunyai
ahli yang agak ramai.
Pengerusi
Pada majlis
ini telah diadakan jamuan nasi dagang dan mee hon rebus serta beberapa kueh
raya.
Majlis telah
dimulai dengan permainan bunga api pada pukul 9.30mlm disusuli dengan ucapan
pengerusi majlis iaitu saudara mohammad
Abdullah serta ucapan dari pengerusi
ahli jawatan kuasa kampung bukit gemuroh iaitu saudara Rashid bin
Ismail..Majlis ini juga telah diserikan dengan nyanyian oleh saudara Wan Fazrullah yang tak asing lagi disekitar kuala brang dan khas nya dikampung bukit gemuroh.
Ahli jawatan kuasa sambutan
Majlis
sambutan telah berakhir pada pukul 11.45 malam diakhiri dengan permainan bunga
api untuk kali kedua,Sekian...
Ahli jawatan kuasa
nyanyian dari Wan Fazrullah
antara yang hadir
damar raya