Sunday, 17 April 2016

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara  lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam Al quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan  Allahs.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan Zina.

Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadithPerjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”.

Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalam Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu.” Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan..

Rukun nikah menurut islam
1. Pengantin Laki-Laki ( sebagai suami)
2. Pengantin Wanita (Isteri)
3. Wali ( adanya wali nikah )
 4. Dua Orang Saksi Laki-Laki (sebagai saksi nikah )
5. Ijab dan Qobul ( akad nikah )
Pada 15-4-2016 dan 16-4-2016 telah diadakan satu majlis menyambut menantu untuk meraikan perkahwinan muhammad ridzuan bin azidin dan Nurul Najihah bt Ahmad..Pada 9-4-2016 telah diadakan majlis walimatulurus dikampung pengantin perempaun iaitu dikampung telaga daing,kuala terengganu.Pada majlis walimatulurus tersebut pengantin telah dinikahkan pada pukul 11.00 pagi dirumah pengantin perempuan dan telah termeteri lah dua janji dengan sekali lafaz sahaja..Untuk merapatkan sesuatu yang renggang,untuk mendekat sesuatu yang jauh dan untuk membina silatulrahim Muhammad rizuan telah memilih dua pupunya sendiri untuk dijadikan pasangan  hidup.
Dikampung pengantin lelaki iaitu kampung bukit gemuroh telah diadakan satu majlis menyambut menantu iaitu pada limabelas dan enambelas haribulan empat tahun dua ribu enam belas masa yang diperuntukan selama dua hari,seperti biasa hari pertama untuk menyiapkan kemudahan asas seperti membuat bangsal untuk memasak dan bangsal untuk tetamu jemputan.Kemudahan asas seperti penyediaan pingan mangkuk,kawah periuk dan penyediaan yang patut ditempat kenduri.

Pada hari ke-2 iaitu pada 16-4-2016 ialah hari besar atau majlis kenduri,Peruntukan  untuk lauk ialah.
1)tiga kawah daging
2)sekawah gulai ayam
3)Sayur umbut,berupa umbut nyiur.
4)sayur keladi
5)sambal,ikan kering goreng,
Sampingan ialah bubur kacang

Peruntukan untuk nasi ialah
1)tiga kawah nasi

Pada hari ini persiapan untuk kenduri telah dimulakan seawal jam 7 pagi dengan bergotong royong oleh kaum lelaki dengan menyiang daging.Kaum perempuan menyediakan lauk pauk serta penyediaan yang sepatutnya seperti yang dicadangkan,Jemputan kenduri kawin bermula dari pukul 11.00pagi hingga pukul 4.00 petang,Pengantin perempuan tiba pada pukul 12.00 tengah hari, diikuti dgn upacara bergambar dan makan pengantin.Majlis bersurai dengan pengantin baru terpaksa menyental kawah dan periuk besar,upacara ini dinamakan sebagai ragging,huhuhu..


Admin blog jkkk dan  J3K kampung bukit gemuroh mengucapkan selamat pengantin baru kapada muhammad ridzuan azidin dan nurul najihah bt Ahmad.Semoga berkekalan sehingga habis nyawa... sekian.

jumpa lagi dimajlis pernikahan yg seterusnya...

Sunday, 3 April 2016

Pada 1-4-2016 (jumaat) telah diadakan sukaneka yang dianjurkan oleh belia 4B kampung bukit gemuroh dengan kerjasama J3K kampung bukit Gemuroh.Banyak acara yang dipertandingkan berupa acara sebagai sukaneka. 

Doa selamat
Acara bermula pada pukul 8.30 pagi dengan bacaan doa selamat oleh Muhamad Abdullah (mat Diana).Acara senamrobik juga dikendalikan oleh Muhamad Abdullah merupakan acara pertama mendahului lain2 acara.

ACARA:
1)Susun batu bata
2)Pijak belon..
3)Lari bawa getah dengan strow
4)junjung air dalam baldi
5)Lari katal terbang
6)Lari kaki tiga
7)Lempar belon berpasanagan
8)Tarik tali
9)Cari coklat dalam tepung.
10)Ngail dalam botol.
11)Lari dalam guni.
12)Pertandingan melukis (kanak2)


Dia pun nok main jugok..>>>>>
Pada sebelah pagi acara yang dipertandingkan melibatkan budak2 sekolah rendah dan menengah,Pada pukul 12.00 tengah hari semua acara berhenti rehat dan disambung pada pukul 3.00 petang,Pada waktu petang acara melibatkan orang dewasa dengan macam2 ragam yang ditunjukkan.Salah satu acara yang mendapat perhatian hangat ialah acara  tarik tali.Acara ini telah dipecahkan kapada beberapa kumpulan kerana ramai peserta yg mengambil bahagian.

Peraduan melukis
Selain itu,telah diadakan upacara memotong pulut kuning untuk meraikan peserta yang hari lahirnya jatuh pada bulan april,Upacara ini telah dihadiri oleh YB Dato Rozi Mamat dan beberapa orang kenamaan lain

Upacara pemberian hadiah dan ucapan penanguhan sukan neka 2016 telah disempurnakan oleh YB Dato Rozi Mamat pada pukul 6.30 petang...SEKIAN...

Coklat dalam tepung



Mancing dalam botol


Lari dalam guni



Acara pijak belon


Susun batu bata

Acara duduk atas kerusi huuu

Acara tarik tali



Potong pulut kuNING

Hadiah2

 Antara yang dapat hadiah


Bergambar beramai2


salah seorang yang memeriahkan majlis,import klumpur.-mat diana...